-impian Terhalang- first BM post Yaw!

note : this isn't poem. (saje je guna ayat-ayat dramatis)

impianku mungkin kecil dan tidak bermakna bagi kamu
tapi bermakna segalanya bagiku
kerana impian itu adalah impianku sejak kecil
dan sehingga hari ini,
impian itu teguh dan sebati denganku

tapi malangnya
setiap insan yangku temui menghalangku dari mencapai impian itu
terus-menerus mereka mengatakan impianku itu tidak berguna
impian itu tidak menjamin masa depanku
kata mereka
aku bodoh kerana mempunyai impian itu
kerana mereka mengharapkan aku menjadi seperti yang mereka mahu
kata mereka
impian budak kecil hanyalah jenaka
hanya imaginasi yang tercipta kerana terpengaruh
dengan animasi-animasi dalam tv.

kritisan mereka yang menjadi-jadi
seringkali bermain difikiranku
setengah mereka mulai meracuni fikiranku
dengan membuatkanku mula memikirkan impian baru
dan dengan perlahan impianku menghilang

kini, 
aku keliru dengan masa depanku
aku tidak tahu apa impianku lagi
aku buntu dan kini aku semakin hampir
hampir dengan ruang yang membawaku
ke puncak kejayaan.
tetapi, 
aku masih tidak dapat memikirkan apa yang aku mahu
patutkah aku meneruskan impian duluku?
atau aku patut meneruskan saja impian baruku?
impian baruku yang mereka boleh membuatkan mereka gumbira?

aku sayangkan mereka yang menentang
tetapi aku juga sayang dengan impianku
jikalau aku memilih impianku,
berkemungkinan aku kehilangan mereka.

kini aku keliru
sangatlah keliru.
aku buntu
dan sangatlah buntu

aku akui kesusasteraan bukanlah destinasiku
jalan hidupku tidak membawaku ke sana
dan aku tidak berdaya menukar destinasi yang telah ditentukan oleh-Nya.
mungkin benar,
impian budak kecil hanyalah jenaka
aku sudahpun terlanjur dalam bidang sains
mungkin aku patut teruskan saja dan jadi apa yang mereka mahu
dan hilangkan minatku dalam kesusasteraan serta lupakan impianku menjadi seorang kartunis.
kerana itulah yang mereka mahu

tidak mengapa aku bersedih
asalkan mereka bahagia
aku sudah cukup bahagia.



maybe i'm not meant to be cartoonist, i don't have the talent anyway :D beside, all my family against it so, what else i can do? hurt them more? neah.. i'm not going to do that. they already hurt enough. i don't want them to cry because of my stupid childhood dream. its stupid anyway. it surely does stupid. but, because it is stupid, that is why stupid me, want to be it. still hoping so much that my parent can open up their heart for me to fulfill my dream. its enough and just enough if they let me be part-time cartoonist. as long as i can be one. i just wanting it too much. more than anything. but i have no guts to tell them this. i wish they know how to use internet and read this post, then understand how much i want to be cartoonist. I want it badly. just want it.


i want to be cartoonist because :
* i want to fulfill my childhood dream
* i love to draw
* i want to make people happy
* i want to share experience with people
* i want people to enjoy my artwork


this must be crazy for you. and you're right it is crazy. i am crazy anyway.